Thursday 22 March 2012

IMPIAN SARAWAK MENJADI NEGERI TERKAYA

TIGA dekad lalu, jika anda pernah menginjakkan kaki ke Sarawak pada masa tersebut mungkin gambarannya tidak begitu mengujakan.

Mungkin disebabkan tiada ekspresi yang dapat diluahkan apabila hanya landskap berwajahkan kehijauan hutan yang mengelilingi bandar-bandar utama di negeri ini termasuk bandar raya Kuching ketika itu.
Bagaimanapun, sedikit demi sedikit Sarawak mula mengorak langkah berubah bukan hanya terhadap landskap persekitaran bahkan ekonomi dan rakyatnya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Sarawak telah mengalami satu transformasi ekonomi yang menarik di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Malah, Abdul Taib merupakan 'arkitek' terhadap landskap pembangunan yang dilaksanakan secara berterusan di Sarawak dalam usaha bergerak ke arah mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030.

Abdul Taib dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Menteri pada 1981 dan dalam tempoh tiga dekad lalu itu, beliau telah mengubah Sarawak dari sebuah negeri pertanian kepada pemain ekonomi baru di Malaysia.
Kepulangannya ke Sarawak dari Australia selatan pada 1963 dengan berkelulusan peguam dari Universiti Adelaide, beliau telah menyertai Majlis Legislatif Negeri dan sejak itu menetapkan untuk mencapai aspirasinya membangunkan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini.

Pada era 1960-an, gambaran pada masa itu adalah sukar sekali untuk dibayangkan apabila Sarawak yang mempunyai kira-kira 30 kumpulan etnik dan berkeluasan 124,449 kilometer persegi mampu mengorak langkah sekali gus mengalami transformasi menjadi sebuah negeri yang berdaya saing ketika ini.
Ia bermula sebaik sahaja resume politik Abdul Taib lengkap apabila mula memegang jawatan eksekutif dan legislatif di peringkat negeri dan Persekutuan sejak 1963 dan pada masa itu beliau membabitkan dirinya dalam pembangunan Sarawak.

Dalam tempoh tersebut, pertumbuhan ekonomi telah membangun dengan nyata sekali apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melonjak dari RM527 juta pada 1963 kepada RM26.016 bilion pada 2009.
Pada 1985 pula, sejumlah 31.9 peratus penduduk di negeri ini berada pada paras kemiskinan dan statistik tersebut berjaya dikurangkan kepada 5.3 peratus.


Ketika ini pendapatan per kapita penduduk Sarawak hanya sekitar AS$7,000 atau RM21,346 dan kerajaan negeri berusaha meningkatkan pendapatan per kapita itu kepada AS$15,000 (RM45,743) setahun bagi memastikan negeri ini dapat mencapai status negeri maju pada tahun 2030.


Pada masa sama, kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau juga meningkatkan kadar 31.8 peratus penduduk Sarawak yang mempunyai bekalan air bersih pad 1980 kepada 69 peratus pada 1995 dan 95 peratus (2009).


Pada 2008, Ketua Menteri melancarkan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score), iaitu inisiatif membangunkan wilayah tengah sebagai koridor perindustrian tenaga intensif yang dilihat satu lagi landasan menjadikan Sarawak sebagai kuasa ekonomi di Malaysia.


Score bersedia memperhebatkan pembangunan infrastrukturnya, prasarana dan kemudahan sosial yang dijangka menyumbang ke arah pembangunan, pertumbuhan yang lebih besar serta kepelbagaian ekonomi.
Rancangan itu akan dijalankan sehingga tahun 2030 dengan tujuan mencipta sebanyak 1.5 juta peluang pekerjaan dan mencapai pertumbuhan KDNK per kapita 5.5% setiap tahun.


Pada masa sama, kewujudan Score akan membolehkan kerajaan negeri menerima pelaburan AS$200 bilion (RM609 bilion) pada masa akan datang.


Sebagai tambahan, kerajaan negeri juga melakukan pelaburan yang banyak dalam pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem pendidikan yang menyediakan tenaga kerja yang lebih kompetitif.
Dalam erti kata lain, kerajaan negeri mahu memberi penekanan terhadap latihan vokasional dan teknikal selain pemikiran kritis serta pembangunan kemahiran ringan dengan membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar meneruskan pengajian lanjut di empat universiti di Sarawak.




Empat universiti terbabit adalah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Swinburne serta Universiti Teknologi Curtin.


Secara keseluruhannya, kejayaan kerajaan negeri dalam pendidik terbukti apabila kadar celik huruf di negeri ini sebanyak 30 peratus pada era kemerdekaan meningkat kepada 95 peratus pada hari ini.


Sebagai ingatan terhadap pencapaian-pencapaian yang diperoleh Ketua Menteri dalam bidang ini, Abdul Taib telah menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup daripada Kongres Asia HRD pada Julai 2010.


Tidak ketinggalan dalam aspirasinya, Abdul Taib turut melaksanakan beberapa integrasi sosial dan rancangan-rancangan pembangunan bagi menyeimbangkan jurang antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar.


Apa yang dilakukannya adalah dengan menggalakkan perkembangan industri-industri tradisional di luar bandar serta meningkatkan akses untuk bekalan elektrik, air bersih, pendidikan, komunikasi dan perkhidmatan kesihatan.


Justeru, kestabilan politik dan perpaduan kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini merupakan pemacu utama pembangunan Sarawak.


Untuk tujuan itu seluruh masyarakat di negeri ini harus mengekalkan perpaduan dan kestabilan politik bagi mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.


Abdul Taib pernah menyebut, ''politik naik dan turun, bagaimanapun kehidupan mesti diteruskan dengan tidak membiarkan usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat majmuk di negara ini gagal.


''Usaha ini penting kerana kepentingan perpaduan dan kestabilan negara akan membawakan masa depan yang lebih baik untuk generasi yang masa hadapan."


Beliau juga pernah menyuarakan bahawa ''kami telah dapat memenuhi harapan dan aspirasi orang ramai yang miskin menjadi rakyat yang dapat memandang jauh ke hadapan di samping memupuk cita-cita yang tinggi mencapai kejayaan lebih besar dalam hidup.




''Jika kami mempunyai perpaduan dan keazaman, kami akan mempunyai negeri terkaya di seluruh Malaysia menjelang tahun 2030. Ini ialah impian semua rakyat, ini ialah impian semua ahli-ahli politik bertanggungjawab, ini ialah mimpi saya."
UTUSAN, MARCH 2012.


p/s: Mungkin agak berbaur mengampu utk sesetengah org tetapi jika kita selidiki akan tetap ada kebenarannya. bagaimanakah suatu negeri dengan lebih dari 30 etnik mampu terus bersatu sehingga kini jika tiada resipi yang menarik dari pemerintahnya. Dari kontek ekonomi negeri sarawak, seharusnya sarawak lebih baik dari sarawak sekarang ini. Tapi prinsip persekutuan yang negara kita amalkan telah membahagi kekayaan sarawak kepada setiap negeri2 di malaysia. Sesuatu yg mengecewakan tetapi harus kita hormati.


Tetapi kepimpinan tertinggi sejak akhir2 ini saya lihat lebih 'menyayangi' sarawak. Munkin hanya kerana survival politik atau munkin juga kerana ketelusan keprihatinan mereka. Itu tidak penting. Yang penting sarawak terus dilimpahi dengan apa yang seharusnya kita dapat.


Saya harus iyakan, sarawak harus iyakan! tidak kira bagaimana berbeza pndangan kita, kita harus iyakan! Ini impian kita.  Ini cita-cita kita!

Sunday 26 February 2012

Fakta dan Auta LYNAS

Pendapat saya lebih kepada utk mengulas dan menambah apa yang ditulis didalam artikel INI.

   Radioaktif scra mudahnya bermaksud sesuatu bahan y aktif menghasilkn gelombang radio bertenaga (alpha, gamma, beta). walaupun berbeza dari gelombang radio electromagnetic tetapi kedua-duanya adalah sesuatu hampir sama. gelombang tenaga dari bahan radioaktif dijana oleh atomic partikel manakala gelombang tenaga dari elektromagnetic pula dijana oleh elektromagnetic field (eletrik) atau high energy photon (chemical spt bahan radioactive). kedua-duanya menghasilkn haba dan mampu memutuskan ikatan semulajdi biology (dalam wavelengh dn frequency tertentu). 
baca artikel dibwah..jika tidak mahu terima fakta y lain terima lah fakta no. 6.
televisyen, laptop, telefon bimbit dan kanta cermin mata sekalipun menghasilkn gelombang radio. y paling tinggi gelombangnya adalah gadjet broadband. dsitu diletakkn amaran MINIMUM jarak gadjet broadband tersebut dgn pguna adalah 2cm. begitu juga jika anda melawat ke pusat menara pemancar telekomunikasi. gelombang radionya jauh lebih tggi dari y dihasilkn oleh rodon dn thoron.
 
    kilang ini fungsinya adalah utk mnapis tanah y ada thorium dn rare metal y lain. y kita rsaukn disini adalah waste product kilang ini y dikatakn mgleluarkn bahan radioactive (RA). tetapi disini bahan (RA) itu ditpis dri tnh bgaimana pula kita bleh beranggapan bhwa waste product itu membahayakn pdahal bhn RA itu sdh ditapis.apa y hrus kita rsaukn disini adalah skira berlaku kmlngan kepada kilang tsebut y mnkin myebabkn bhan RA itu tlepas bebas ke psekitaran. 

    dlm bnyk2 rare earth metal thorium adalah y pling kuat RA dn thorium adalah pyumbang utama RA smulajadi bumi. tetapi gamma ray y dihasilkn oleh thorium sgt kcil jumlahnya krana half life thorium sgt panjang. waste product kilang ini pda pndpt sy tdklh bgitu merbahaya. mmg ianya ada kesan jika mnusia terdedah kpda tetapi kesannya tdk lh shebat bhn karsinogen y lain krana half lifenya sgt pnjang iaitu 14billion thn utk thorium 232 (99% of thorium bumi). ini bermakna decaying bahan ini sgt perlahan y myebabkn radiasinya sgt sdikit. 
     
        perkiraannya sng, cntoh kita tertelan atau tersedut 1g thorium (mustahil utk kta sdut sbyk ini kcuali kita sgja pergi ke kilang tersebut.). divide that 1g/14billion...so probability utk radiasi terhasil adalah 1/14billion gram stahun. darab dgn jangka hayat mnusia (60thn).. puratanya hnya 60/14billion gram thorium y mampu btindak balas didalam badan mnusia. only about 6 part per billion... 
dan jangan kita lupa jika tetelan thorium hampir almost 90% thorium will excrete in feaces and urine.

       jika jepun y ada gempa bumi berani membina loji nuklear knp malaysia y tiada bncana alam besar spt mreka takut kepada kilang penapisan bhn RA yang smulajadinya ada dimana2 shja tanah didunia ini? how about one day nanti kita kehabisan minyak dan gas atau arang batu untuk mnjana tenaga elektrik negara..apakah kita takut utk mgunakan tenaga nuklear? we have to optimise with this thing. 

   memang tidak dinafikan bahan beradioaktif mempunyai kesan terhadap kesihatan tetapi itu bukan bermakna kita terdedah terus mendapat cancer. sistem badan kita mempunyai pertahanan yang cukup ampuh utk membalikan kesan mutasi dari radiasi. kita sebenarnya mendapat radiasi setiap hari samada melalui terdedah kepada agen mutasi atau kesilapan sistem biologi tubuh badan kita sendri. setakat radiasi sdikit itu percayalah ianya tdk memberi kesan kepada kesihatan kita apatah lagi jika kita tidak berada didalam kilang tersebut. Bukanlah pakar dalam bidang ini tetapi bidang yang saya ceburi mempunyai banyak kaitan dengan perkara ini. 

      

Monday 20 February 2012

Kelebihan Proton P3-21A & sedikit info pasal cukai kereta d malaysia.

Proton P3-21A (coming soon)
Spec (antara y mnarik, tdk tdpt pd vios, civic,city,forte dn y lain2 bwah 120k):

1. Front & Rear 12V socket. Fungsi bnde ni kalau ada y xtau xtau lh aku. (antara idea y baik dlm pengunaan socket ini adalah beli pump elektric. boleh pkai bila2 masa kalau kreta pancit or kurang angin)

2. YES wifi modem. Boleh Online sambil memandu lps tu buat status kt fb 'aku akan mati sbntar shja lg'..haha. YES ni kt smnanjung Malaysia je ade. Orang S&S y beli kreta ni nti bleh jual modem YES tu kt rkn2 anda d smnanjung...haha..

3. 4 airbag system (blh on-off ikut selera penguna. nk mati cepat off lh..haha..off tu sbnrnya utk tmpt bayi y dlm kreta bayi.)

4. 5 stars Aus NACP . Cermin, rangka kereta d bhagian pnumpang xkn pecah bderai dn bengkok shingga kelajuan 140km/j. bkn maknanya proton galakkn ko bwak shingga 140km/j. Yang ni jelas nyata untuk melayakkn proton masuk ke psaran eropah scra comersial. 


5. Aerodynamic faktor 0.30 (hmpir sma dgn Audi TT, 0.29. aku xpnh tgok rpe paras audi tu)


6. Engin 1.6 CVT 7 kelajuan.
Full spec with Paddle Shif. Ni y pling menarik. sma taraf dgn VW. msti VW y tlg ni. bkmungkinan proton ni dgn mdhnya mncecah 200km/j. kalau talaan proton sma dgn VW lh. in case proton xnk tala smpai maksimum speed kita tala sndri kt bengkel. VW yg 1.4 pun bleh cecah 180km/j dgn mdh ape lg 1.6. 

6 1/2. 0-100km/h: 9.6 saat 

7. Key holeless. Xde lubang Kunci kt pintu dn kt start. (start pkai butang mcm moto. bukak pintu pakai alarm je. hilang remote atau bateri kong pecah cermin lh jwbnya...hahah). Baik utk keselamatan kereta supaya pencuri xdpt nk bukak pintu sbb xde lubang kunci. pencuri y xberpendidikan tinggi mesti akan hairan tgok kreta xde lubang kunci lalu bertaubat xnk mencuri lagi.


8. ISOFIX (fuhhh..mcm kamera DSLR. kalau xslap bnde ni utk kawal sinar matahari msuk cermin. xpsti.)


9. Sensor lampu,hujan,side mirror smua ada. so, xpyh lh nk bukak butang lampu, butang wiper msa memandu. fokus kt pemanduan je.


10. Lotus handling. (suspension and ride). 





hebat bukan?? lps ni sokong lh proton. xpyh nk kondem ckp proton mcm tin milo pdahal dlm msa y sma ko xda duit nk beli y lg elok. mcm tin milo ni bgus sbnarnya. boleh kurangkn berat. so mnyak pun xkuat dia hisap. xde lh ko bising ckp proton kuat mkn mnyak. apa mcam nk beli ke x proton baru ni?? 

korg beli city, vios tu bkn bez pun. city gn vios y jual kt malaysia, singa4, indon thailand ni bkn bgus sgt pun. bkn mcm y msuk psaran eropah dn dbuat kt kilang di thailand. sbb tu city, civic murah kt thailand, singa4, indon. cuba bndingkn dengan spec y kt eropah dn US. cuba try. haha. kt malaysia mahal sebab cukai malaysia bnyk sgt. tp kt indon, thai, singa4 pun kreta luar ada y lagi mahal dari malaysia. fahami sistem cukai malaysia dn negara lain pstu baru bleh bndingkn. rujuk kt sini utk pbndingan mudah. 

Ni aku xplain ckit bg otak tu cergas ckit. cukai dinegara luar mnkin secara terus tetapi dimalaysia pengedar tpaksa membayar duti eksais (sejnis cukai khas tetap y dikenakn juga thadap arak dan rokok). duti eksais adalah tetap dn bukan mgikut saiz enjin kreta. bukan ikut harga, jenama atau negara pengeluar. tiada kadar peratusan sperti cukai jualan atau cukai import. lg besar enjin lg mahal. d malaysia duti eksais utk kereta 1.5 kebawah adalah lbh kurang RM30k (last y aku bca lh). duti ini + cukai jualan +  cukai import + harga kereta + komisien pengedar = harga diatas jalan xtmsuk insuran. 
duti eksais dmalaysia adalah utk mlindungi kreta nasional (dasar automotif negara) dn utk mnjaga alam sekitar sbb tu lg bsar enjin kreta lg besar jumlah duti eksais y dikenakn sbb kreta bsar ni mcemarkn alam. tetapi duti eksais ini disesuaikn dengan jenis kreta. kereta MPV spt avanza, innova dn hilux lbh kcil dutinya sbb itu adalah kreta kluarga. bgitu jgk dgn kderaan pnumpang dn pgankut spt bas dn lori. 

Cukai dnegra lain pula adalah hnya cukai direct sperti cukai jualan dn cukai import. cukai jualan dan cukai import negara ini mahal berbanding dgn malaysia trutama singapura shingga mnyebabkn harga kreta disana lg mahal lg dari malaysia y ada duti eksais. malaslh nk explain psal cukai. boleh cari sndri! jangan malas!

so, proton terbaru ni dh dibuat dgn piawaian y sgt tggi xkn msih lg nk beli kreta city vios tu lg kot. sokonglah barang buatan malaysia. hehe..bawah ni sdikit gmbr Proton P3-21A (mnkin lh..xofficial). 

                                                         
                                                         disebabkn gmbr tu bershadow..nmpk mcm sonata kn?? kn? 

angan-angan: aku nti  krta ptama nk beli kreta nasional. lpstu bru beli kreta import. aku nk sahut seruan kerajaan! (pdhal sbb xde duit nk beli kreta import..haha)




Saturday 18 February 2012

MALAYSIA VS UK

England, Scotland, Wales dan Ireland Utara bergabung secara politik membentuk UK dibawah pemerintahan monarchy ratu elizabeth. great britain pula merujuk kepada england + scotland. setiap negara ini mempunyai kerajaan tempatan dan undang2 yang berbeza. kerajaan england secara lnsung dibawah kerajaan UK tetapi wales, ireland utara dan scotland memiliki kerajaan sendiri. england, scotland, wales danireland utara adalah negara di dalam negara UK.
     Yang menariknya, walaupun ekonomi negara2 tsebut dikawal oleh UK tetapi krajaan tmptan boleh mgenakn cukai pendapatan mreka sndri slain dari cukai kerajaan tmptan keatas aktiviti ekonomi dinegra msing2 dgn mnmbh kadar cukai y dikenakn oleh krajaan UK. hasil mnyak scotland (ngra pgluar mnyk tbsar dlm EU) pula dikuasai pnuh oleh UK krana scotland atau negeri2 lain tiada hak ke atas lautan mreka (no maritime boundaries). Sama spt d malaysia, isu mnyak adalah isu panas d uk dn mjd modal utk parti2 politik disana. 

     Banyak persamaan dan perbezaan yang dapat dilihat diantara malaysia dan  UK. Mereka bersatu hanya dibwah sistem monarki. Dari segi politik, tdk bnyak bezanya dengan malaysia dimana wujud dua kerajaan didalam negara ini. Perbezaannya hanya dapat dilihat dari segi undang-undang kehakiman dan sistem ekonomi. Walaupun sistem undang-undang d UK berlapis sperti di malaysia tetapi ada sesetengah kes seperti kes jenayah tidak boleh dibawa ke sistem kehakiman persekutuan UK. kes jenayah d scotland hanya boleh d selesaikan d scotland sahaja. Dari segi saiz UK jauh lebih kecil dari Malaysia. UK hanya 200k++ KMpersegi malaysia pula 300k++ KMpersegi.
       dari segi ekonomi, geran tahunan tetap dikwal oleh parlimen uk. Perbezaannya dgn malaysia adalah geran ini tidak diberi melalui jabatan kementrian tetapi diberi terus kepada kerajaan negara-negara didalam UK dimana kerajaan negara masing akan mengurus sendiri geran tsebut. Dari segi percukaian, rakyat UK perlu membayar cukai pendapatan kepada kerajaan UK tetapi kerajaan negara didalamnya juga boleh mengenakan cukai pendapatan dengan kadar maksimum y ditetapkan oleh UK. 
       Dari segi sukan, UK kadang-kadang dipecahkan mengikut negeranya tetapi yang pasti mereka bergabung didalam sukan olimpik. Didalam arena bola sepak negara-negara didalam UK berpecah kepada negara masing-masing. Walaupun mereka boleh bergabung bila-bila masa tetapi persatuan bolasepak negara masing-masing enggan berbuat demikian. Salah satu sebabnya adalah kerana mereka menghormati nilai liga bolasepak negara masing-masing. 
      

p/s; aku xdpt nk tdo..sbb tu tlis bnda mgarut2...haha...xde citation..aku tulis dn baca secara umum dan hanya baca part2 y aku minat shja..haha

Monday 13 February 2012

Cukai adalah sumber pendapatan utama bagi sesebuah negara. Jenis dn kadar cukai y dkenakn bergantung kepada sesebuah negara. Antaranya adalah direct tax spt income tax, real property gains tax, petroleum income tax and stamp duty. Indirect tax pula adalah spt excise duty, import and export duties, sales tax and services tax. 
     Umum sedia maklum bahawa cukai pendapatan adalah cukai utama. Cukai pendapatan dikenakan individu dan syarikat. Dimalaysia kadar cukai pendapatan yang dikenakan adalah sekitar 2-32% bergantung kepada jumlah pendapatan pembayar cukai setahun. Tetapi kadar cukai yang dikenakan boleh dikurangkan dengan menunjukan jumlah tanggungan pembayar kepada LHDN dan jumlah diskaun yang diberi adalah berdasarkan budi bicara LHDN. 
     Tahun 2009 jumlah kutipan kasar cukai negara yang dilaporkan oleh LHDN adalah RM88 bilion. Cukupkah jumlah ini untuk menampung 28juta rakyat malaysia? Dalam kita mengejar kemakmuran dan negara maju cukupkah jumlah itu? Belum cukup rasanya tetapi kita bertuah kerana negara kita memiliki kekayaan semulajadi seperti petroleum dan gas, balak, dan lain-lain. Segala ini telah memberikan dividen yang lumayan kepada negara kita melalui perlaburan2 dan bayaran2 lain kepada kerajaan. Pada tahun 2009, pendapatan keseluruhan negara kita adalah RM162 bilion. 


      Untuk menjadi negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi, pendapatan negara kita sekarang ini harus ditingkatkan sekurang2nya 2kali ganda. Kita tidak mampu selamanya bergantung kepada sumber alam semulajadi seperti sekarang. Kita tidak memiliki jumlah simpanan minyak sebesar yang rusia atau negara2 arab punya. Yang kita sudah pasti ada hanyalah kelapa sawit yang penanamannya tidak mampan. 

    Oleh itu, mahu tidak mahu kita harus mengunakan cukai sebagai pemangkin dan penampung ekonomi negara kita. Untuk meningkatkan jumlah kutipan cukai pelaburan asing harus ditingkatkan disamping kita meningkatkan aktiviti ekonomi domestik. Tapi harus diingat, pelabur asing lebih memandang kepada negara yang menawarkan kadar cukai pendapatan yang rendah. Sukarnya Malaysia kerana kita berjiran dengan negara yang menawarkan cukai pendapatan yang lebih rendah. Di Singapura contohnya, cukai pendapatan yang dikenakan adalah maximum 20% sgt jauh dari 30% maximun di malaysia. Lebih lanjut boleh rujuk agensi pengutip cukai negara masing-masing. 
    
   Jika kita menurunkan kadar cukai tersebut, ianya mnkin akan menarik banyak FDI tetapi memberikan margin penurunan yang sangat tinggi kepada hasil kutipan cukai negara. Di sesetengah negara, untuk menjaga hasil negara dan untuk menarik lebih banyak pelabur asing mereka menurunkan cukai pendapatan tetapi mereka 'counter back' penurunan tersebut dengan mengenakan cukai lain. Caranya adalah mengenakan indirect tax seperti diatas tadi. 

   Memang tidak dinafikan indirect tax agak membebankan rakyat. Tetapi sebenarnya ianya lebih bersifat untuk meningkatkan lagi keefisienan sesebuah negara mengutip cukai kerana cukai pendapatan dikurangkn. Cukai pendapatan sangat senang untuk dielakkn terutama bagi mereka yang bekerja sendiri yang mana banyak menyebabkan pendapatan cukai negara berkurangan. Cukai indirect adalah cukai yang tidak dapat dielakkn kerana rakyat dipaksa dan terpaksa untuk membayarnya tetapi cukai pendapatan lebih kepada sejauh mana patriotiknya seseorang individu itu dalam menyumbang kepada negaranya. Untuk membayar cukai pendapatan, individu tersebut hendaklah datang ke kaunter agensi pengutip cukai atau berdaftar dengan pejabat tenaga buruh/ sumber manusia yang digunakan sebagai pengesahan bahawa individu tersebut sedang bekerja atau mempunyai pendapatan tahunan. 

    Negara berkebajikan tidak semestinya dengan cara mengecualikan cukai kepada rakyat tetapi sebaliknya lebih kepada membantu rakyat yang benar2 memerlukan. Apatah lagi untuk negara yang sedang membangun seperti negara kita. Sekarang memang kita terpaksa membayar lebih tetapi percayalah suatu hari nti, jika kena caranya negara kita setanding dengan negara maju. contoh paling mudah, konsesi PLUS adalah 30 thn. selepas itu PLUS akan diserahkan secara percuma kepada kerajaan. Ketika itu nti mnkin PLUS tidak akan dikenakn lagi tol kerana ianya bukan lagi jalan swasta. apakh kita mahu kerajaan beli PLUS dgn harga mnkin dlm RM50-80 bilion atau menunggu 20 lbh thn shja lagi. jika dibeli sekrang bukankah itu suatu pembaziran untuk kerana sgt byk lagi yang dpt dibuat dgn rm50-80 bilion itu. sudahlah terpaksa menangung kos baik pulihnya lagi.

    Kita tidak boleh membandingkan atau meniru cara negara yang berlainan perjalanan ekonominya. Apakah sesuatu yang idea membandingkan malaysia dengan brunei (dari segi harga minyak). Apakah sesuatu yang idea membandingkan harga makanan di singapura dengan di malaysia? Apakah wajar membandingkan harga beras di Thailand dengan harga dimalaysia? Bagaimanakah corak perjalanan ekonomi yang sesuai untuk negara kita itu pakar2 ekonomi lebih tahu. Kita harus berpikir logik dan matang. Kita harus melihat untuk 20 hngga 30 thn akan dtg.

Seperti bercucuk tanam, apakah kita hanya mahu mengutip hasil tanaman kita sahaja? perlukan kita berkorban untuk membelikannya baja? atau cukupkah sekadar kita menjaga dan menyiramnya sahaja? 




Friday 10 February 2012

Kecewa vs Mengigit Jari

Lebuh raya RM7billion...nilai lebuhraya baru untuk dinikmati oleh penduduk di smnanjung atau lembah klang khasnya. Tak kiralah projek swasta atau projek swasta + kerajaan ianya akan memberi lebih banyak kemudahan kepada penduduk di sekitar lembah klang.

        Jika nilai itu disalurkan kepada Sabah atau Sarawak sudah pasti ianya adalah nikmat tidak terhingga buat penduduk disini. Jika sabah & sarawak dikatakn tidak memerlukan lebuhraya kerana jumlah keretanya y sdikit apa kata nilai ini disalurkan untuk membina infrastruktur yang lain. Untuk akses jalan ke kawasan pendalaman wajib. Untuk membuat sekolah2 baru mesti. Untuk menaiktaraf kemudahan sekolah mungkin. Untuk membina lebih banyak menara2 pemancar telekomunikasi pasti. Untuk memberi anak benih pokok kelapa sawit atau getah kepada yang sukar untuk membelinya sendiri. Kecewa......

            Banyak yang mampu dibeli dengan RM7billion itu instead of  terus memberi kepada mereka yang sudah memiliki. Bukan mahu menafikan hak, tetapi 'mereka' sudah terlalu banyak diberi. Kemudahan 'mereka' terlalu tinggi jika dibandingkan dengan yang disebelah sini. 'Mereka' terlalu dimanjai sehingga ada yang mengigit jari. Diberi PLUS canggih bayar mampu dimiliki yang lengkap hakiki 'mereka' minta jadikan 'free'. Tidak diberi 'mereka' bijak bermain undi bukankah itu MENGIGIT JARI. Diberi LRT mereka minta MRT. Katanya LRT sesak penuh terpaksa berdiri tetapi ani-ani & ane-ane serta ibuk-ibuk dan bapak bapak sebenarnya yang menikmati LRT itu. Mereka minta macam2 lagi yang menyebabkan kami di pelusuk duniawi terus merasa peri. Mereka tidak rela apa lagi puas tetapi sebaliknya mereka minta lagi sehingga tiada lagi untuk kami.

            Saya faham...kami mengerti akan situasi tetapi kami semakin kecewa...kami kecewa dn terus mengharap akan ada sinarnya nanti...