Friday 10 February 2012

Kecewa vs Mengigit Jari

Lebuh raya RM7billion...nilai lebuhraya baru untuk dinikmati oleh penduduk di smnanjung atau lembah klang khasnya. Tak kiralah projek swasta atau projek swasta + kerajaan ianya akan memberi lebih banyak kemudahan kepada penduduk di sekitar lembah klang.

        Jika nilai itu disalurkan kepada Sabah atau Sarawak sudah pasti ianya adalah nikmat tidak terhingga buat penduduk disini. Jika sabah & sarawak dikatakn tidak memerlukan lebuhraya kerana jumlah keretanya y sdikit apa kata nilai ini disalurkan untuk membina infrastruktur yang lain. Untuk akses jalan ke kawasan pendalaman wajib. Untuk membuat sekolah2 baru mesti. Untuk menaiktaraf kemudahan sekolah mungkin. Untuk membina lebih banyak menara2 pemancar telekomunikasi pasti. Untuk memberi anak benih pokok kelapa sawit atau getah kepada yang sukar untuk membelinya sendiri. Kecewa......

            Banyak yang mampu dibeli dengan RM7billion itu instead of  terus memberi kepada mereka yang sudah memiliki. Bukan mahu menafikan hak, tetapi 'mereka' sudah terlalu banyak diberi. Kemudahan 'mereka' terlalu tinggi jika dibandingkan dengan yang disebelah sini. 'Mereka' terlalu dimanjai sehingga ada yang mengigit jari. Diberi PLUS canggih bayar mampu dimiliki yang lengkap hakiki 'mereka' minta jadikan 'free'. Tidak diberi 'mereka' bijak bermain undi bukankah itu MENGIGIT JARI. Diberi LRT mereka minta MRT. Katanya LRT sesak penuh terpaksa berdiri tetapi ani-ani & ane-ane serta ibuk-ibuk dan bapak bapak sebenarnya yang menikmati LRT itu. Mereka minta macam2 lagi yang menyebabkan kami di pelusuk duniawi terus merasa peri. Mereka tidak rela apa lagi puas tetapi sebaliknya mereka minta lagi sehingga tiada lagi untuk kami.

            Saya faham...kami mengerti akan situasi tetapi kami semakin kecewa...kami kecewa dn terus mengharap akan ada sinarnya nanti...

No comments:

Post a Comment