Monday 13 February 2012

Cukai adalah sumber pendapatan utama bagi sesebuah negara. Jenis dn kadar cukai y dkenakn bergantung kepada sesebuah negara. Antaranya adalah direct tax spt income tax, real property gains tax, petroleum income tax and stamp duty. Indirect tax pula adalah spt excise duty, import and export duties, sales tax and services tax. 
     Umum sedia maklum bahawa cukai pendapatan adalah cukai utama. Cukai pendapatan dikenakan individu dan syarikat. Dimalaysia kadar cukai pendapatan yang dikenakan adalah sekitar 2-32% bergantung kepada jumlah pendapatan pembayar cukai setahun. Tetapi kadar cukai yang dikenakan boleh dikurangkan dengan menunjukan jumlah tanggungan pembayar kepada LHDN dan jumlah diskaun yang diberi adalah berdasarkan budi bicara LHDN. 
     Tahun 2009 jumlah kutipan kasar cukai negara yang dilaporkan oleh LHDN adalah RM88 bilion. Cukupkah jumlah ini untuk menampung 28juta rakyat malaysia? Dalam kita mengejar kemakmuran dan negara maju cukupkah jumlah itu? Belum cukup rasanya tetapi kita bertuah kerana negara kita memiliki kekayaan semulajadi seperti petroleum dan gas, balak, dan lain-lain. Segala ini telah memberikan dividen yang lumayan kepada negara kita melalui perlaburan2 dan bayaran2 lain kepada kerajaan. Pada tahun 2009, pendapatan keseluruhan negara kita adalah RM162 bilion. 


      Untuk menjadi negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi, pendapatan negara kita sekarang ini harus ditingkatkan sekurang2nya 2kali ganda. Kita tidak mampu selamanya bergantung kepada sumber alam semulajadi seperti sekarang. Kita tidak memiliki jumlah simpanan minyak sebesar yang rusia atau negara2 arab punya. Yang kita sudah pasti ada hanyalah kelapa sawit yang penanamannya tidak mampan. 

    Oleh itu, mahu tidak mahu kita harus mengunakan cukai sebagai pemangkin dan penampung ekonomi negara kita. Untuk meningkatkan jumlah kutipan cukai pelaburan asing harus ditingkatkan disamping kita meningkatkan aktiviti ekonomi domestik. Tapi harus diingat, pelabur asing lebih memandang kepada negara yang menawarkan kadar cukai pendapatan yang rendah. Sukarnya Malaysia kerana kita berjiran dengan negara yang menawarkan cukai pendapatan yang lebih rendah. Di Singapura contohnya, cukai pendapatan yang dikenakan adalah maximum 20% sgt jauh dari 30% maximun di malaysia. Lebih lanjut boleh rujuk agensi pengutip cukai negara masing-masing. 
    
   Jika kita menurunkan kadar cukai tersebut, ianya mnkin akan menarik banyak FDI tetapi memberikan margin penurunan yang sangat tinggi kepada hasil kutipan cukai negara. Di sesetengah negara, untuk menjaga hasil negara dan untuk menarik lebih banyak pelabur asing mereka menurunkan cukai pendapatan tetapi mereka 'counter back' penurunan tersebut dengan mengenakan cukai lain. Caranya adalah mengenakan indirect tax seperti diatas tadi. 

   Memang tidak dinafikan indirect tax agak membebankan rakyat. Tetapi sebenarnya ianya lebih bersifat untuk meningkatkan lagi keefisienan sesebuah negara mengutip cukai kerana cukai pendapatan dikurangkn. Cukai pendapatan sangat senang untuk dielakkn terutama bagi mereka yang bekerja sendiri yang mana banyak menyebabkan pendapatan cukai negara berkurangan. Cukai indirect adalah cukai yang tidak dapat dielakkn kerana rakyat dipaksa dan terpaksa untuk membayarnya tetapi cukai pendapatan lebih kepada sejauh mana patriotiknya seseorang individu itu dalam menyumbang kepada negaranya. Untuk membayar cukai pendapatan, individu tersebut hendaklah datang ke kaunter agensi pengutip cukai atau berdaftar dengan pejabat tenaga buruh/ sumber manusia yang digunakan sebagai pengesahan bahawa individu tersebut sedang bekerja atau mempunyai pendapatan tahunan. 

    Negara berkebajikan tidak semestinya dengan cara mengecualikan cukai kepada rakyat tetapi sebaliknya lebih kepada membantu rakyat yang benar2 memerlukan. Apatah lagi untuk negara yang sedang membangun seperti negara kita. Sekarang memang kita terpaksa membayar lebih tetapi percayalah suatu hari nti, jika kena caranya negara kita setanding dengan negara maju. contoh paling mudah, konsesi PLUS adalah 30 thn. selepas itu PLUS akan diserahkan secara percuma kepada kerajaan. Ketika itu nti mnkin PLUS tidak akan dikenakn lagi tol kerana ianya bukan lagi jalan swasta. apakh kita mahu kerajaan beli PLUS dgn harga mnkin dlm RM50-80 bilion atau menunggu 20 lbh thn shja lagi. jika dibeli sekrang bukankah itu suatu pembaziran untuk kerana sgt byk lagi yang dpt dibuat dgn rm50-80 bilion itu. sudahlah terpaksa menangung kos baik pulihnya lagi.

    Kita tidak boleh membandingkan atau meniru cara negara yang berlainan perjalanan ekonominya. Apakah sesuatu yang idea membandingkan malaysia dengan brunei (dari segi harga minyak). Apakah sesuatu yang idea membandingkan harga makanan di singapura dengan di malaysia? Apakah wajar membandingkan harga beras di Thailand dengan harga dimalaysia? Bagaimanakah corak perjalanan ekonomi yang sesuai untuk negara kita itu pakar2 ekonomi lebih tahu. Kita harus berpikir logik dan matang. Kita harus melihat untuk 20 hngga 30 thn akan dtg.

Seperti bercucuk tanam, apakah kita hanya mahu mengutip hasil tanaman kita sahaja? perlukan kita berkorban untuk membelikannya baja? atau cukupkah sekadar kita menjaga dan menyiramnya sahaja? 




No comments:

Post a Comment