Tuesday 10 December 2013

Private Retirement Schemes Atau Skim Persaraan Swasta

Private Retirement Schemes atau Skim Persaraan Swasta adalah berbeza dari skim pencen kerajaan. Skim ini bersifat pelaburan dn diuruskan pelbagai syarikat kewangan antaranya; AmInvestment Management Sdn Bhd, AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd, CIMB- Principal Asset Management Bhd, Hwang Investment Management Berhad, Manulife Asset Management Services Bhd, Public Mutual Bhd, RHB Investment Management Bhd, Kenanga Investors Bhd.
 Skim ini diberi nama pencen bsandarkan pgeluaran dana terkumpul selepas bersara. Skim ini adalah skim tambahan kepada KWSP. Pada dasarnya PRS menyediakan dana untuk individu melabur dengan tujuan mencarum terhadap pencen. Seperti KWSP, ia juga membenarkan majikan membuat sumbangan. Namun, penyertaan dalam PRS adalah sukarela dan memberi lebih kefleksibelan dan opsyen pelaburan. Harus diingat skim ini ada risiko dan manfaat dan beberapa syarat antaranya akan dikenakan cukai jika dikeluarkan scra myeluruh. 
Cukainya dikatakan shingga 26% (cukai pendapatan, Rujuk LHDN utk tahu range2 cukai mgikut pendapatan tahunan). 
Kelihatan sperti sgt merugikan myertai skim ini, tetapi setelah aku membaca sdkit mgenai risiko dn kelebihan skim ini ianya mmpunyai kelebihan sbnrnya. 
Melalui blog2 peribadi agen2 Skim ini, mreka mgatakan keuntungan boleh mencecah 20% dlm bntuk dividen tahunan. mnkin itu cuma utk promosi, ambik cntoh dpt dividen setiap tahun 8%..dn jika tidak dikeluarkn sekaligus ianya boleh mnjana keuntungan. 

Pointnya disini, Skim ini tidak lebih dari sekadar produk kewangan baru sektor kewangan swasta. Usah dikelirukan, skim ini bukan skim dibawah kerajaan tetapi skim ini dimasukan kedalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidamatan 2007 bg membolehkan skim ini diawasi dan diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sbb skim ni bkn skim cepat kaya... 

Mengira Manfaat Skim Persaraan Swasta

Prestasi untuk pelan-pelan PRS, ditentukan oleh sesuatu yang dipanggil Nilai Aset Bersih (NAB). Apabila Membuat Caruman, Anda Sebenarnya Membeli Unit Berdasarkan NAB. 

Pertama sekali, fahami bahawa bila anda memutuskan untuk membuat caruman dalam pelan PRS, anda sebenarnya membeli jumlah unit yang tertentu menggunakan formula ini:
Jumlah Unit = Caruman Anda / NAB
Contoh:
- Katakan anda mencarum RM1,000 kepada satu pelan PRS.
- Jika NAB pelan RM 1, anda akan memiliki 1000 unit pelan tersebut (RM1,000 / RM1).
- Jika NAB pelan RM 2, anda akan memiliki 500 unit pelan tersebut (RM1,000 / RM2).
Contoh-contoh Untung / Rugi NAB:
- Anda memiliki 500 unit pelan PRS dengan NAB RM2. Akaun anda bernilai RM2 X 500 unit = RM1,000.
- Jika NAB tersebut naik ke RM3, akaun anda kini bernilai RM3 X 500 unit = RM1,500.
- Jika NAB tersebut turun ke RM1, akaun anda kini bernilai RM1 X 500 unit = RM500
Tetapi, harus kita ingat jumlah unit yang anda akan beli bergantung kepada NAB pada masa tersebut.
Contoh:
- Berdasarkan kepada anggapan awal yang anda mencarum RM1,000 untuk melabur dalam 500 unit dalam pelan PRS yang bermula dengan NAB RM2.
- Katakan anda membuat keputusan selepas tempoh tertentu untuk membuat caruman tambahan RM1,000 bila NAB naik ke RM4.
- Jumlah unit baru yang anda beli = RM1,000 / RM4 = 250 unit. Digabungkan dengan caruman-caruman awal anda, akaun anda kini bernilai RM4 X 750 unit = RM3,000.
Sesekali, penyedia PRS anda boleh mengisytiharkan bayaran dividen ke atas pelan PRS anda. Bila ini berlaku, NAB pelan PRS anda dikurangkan berdasarkan nilai dividen-dividen tersebut.
Contoh:
- Katakan satu pelan PRS dengan NAB RM4 mengisytiharkan dividen RM1 per unit.
- Jika anda memegang 750 unit, anda akan menerima RM1 X 750 unit = RM750.
- Dividen RM1 per unit ditolak daripada NAB pelan PRS tersebut, dengan itu, NAB bagi akaun tersebut kini RM4 – RM1 = RM3.
- Oleh itu, akaun anda kini bernilai RM3 X 750 unit = RM2,250.
Dari sini lah keuntungan kita dapat. stelah ditolak dividen (aktiviti pengambilan untung), NAB akan turun tetapi unit anda masih kekal pada kuantiti yang sama. Jika NAB ini mningkat semula melebihi nilai belian atau caruman, maka anda akan mendapat keuntungan semula. Diatas itu cuma pengiraan sahaja, agak mustahil untuk syarikat penyedia memberi dividen rm1 seunit bg harga belian asal RM1/unit. itu bmakna untung anda 100%. dividen mungkin dalam beberapa sen sahaja seunit. NAB anda turun naik berdasarkan prestasi kewangan syarikat penyedia yang kebanyakannya akan melabur di bursa2 saham. mereka pula mendapat keuntungan kerana pelaburan mereka mempunyai 'leverage'. 

Faktor-Faktor Risiko


Peraturan terpenting pelaburan ialah bila memilih produk yang mensasarkan pulangan tinggi, kita mendedahkan diri kepada risiko tiada pulangan yang menguntungkan (atau kemungkinan juga kehilangan wang), terutama sekali dalam tempoh yang singkat. Apa y saya fahami, PRS ini mepunyai beberapa pelan. untuk memudahkn pemahaman saya akan kelaskn kepada 3: Agresif, Sederhana dan Kurang Agresif. Ini adalah mnkin dintentukan oleh nilai2 leverage y dbuat yang kebiasaanya dibahagi kepada 2 akaun oleh penyedia PRS didalam perlaburan meraka. Agresif sesuai utk pelabur muda yang mana anda mempunyai masa yang panjang sebelum bersara dn jika ada kerugian anda akan dapat atasinya dgn keuntungan2 mendatang. Bagi yang hampir bersara, pelaburan anda terdedah kepada bahaya tidak mendapat cukup masa untuk 'recovery' sekiranya sesuatu berlaku kepada perlaburan anda. Dalam pelan Agresif, nilai NAB diberi pda nilai y agak tinggi dan dividen juga tinggi. dividen yang tinggi akan memaksa nilai NAB anda susut jauh dan memerlukan keuntungan yang tinggi untuk recover balik kepada nilai belian. 
Dengan PRS, anda mungkin ingin mempertimbangkan pendekatan anda bergantung kepada kedudukan anda dalam peringkat hidup anda sekarang. Sebagai contoh: semakin dekat anda dengan tempoh persaraan, semakin cenderung anda untuk melabur dalam pelan PRS yang kurang agresif; kerana anda tidak mampu untuk merisikokan wang persaraan anda bila anda mempunyai masa yang singkat untuk pulih daripada kerugian.
Seperti mana-mana pelaburan di pasaran, keuntungan PRS adalah tidak dijamin. Walaupun semua pelan PRS dirangka untuk meraih pulangan maksima berdasarkan kepada kriteria pelaburan mereka, tiada yang boleh menghalang Nilai Aset Bersih pelan PRS daripada menurun (atau menjulang tinggi) disebabkan oleh keadaan pasaran. 
Terakhir dan paling penting sekali adalah nilai Akaun PRS anda tidak dijamin, caruman-caruman yang anda buat kepada pelan PRS juga tidak dilindungi. Secara ringkasnya, ini bermakna sentiasa ada risiko yang anda akan kehilangan wang yang anda carumkan bertahun-tahun jika keadaan pasaran yang teruk berlaku. Ini adalah bezanya skim ini dengan KWSP. KWSP adalah dijamin oleh kerajaan dan untuk KWSP mgalami kerugian adalah amat rendah kerana caruman KWSP diwajibkn. Ini bermakna KWSP sentiasa mempunyai kitaran kewangan yang kukuh. KWSP juga bersifat tidak agresif dimana ianya tidak banyak terlibat dalam pasaran kewangan. KWSP lebih kepada menjadi penyedia dana. 
























No comments:

Post a Comment