Tuesday 28 June 2011

Sarawak Memerlukan Pengorbanan Dari Anda.....

      Sarawak.....negeri terbesar di malaysia. Kaya dengan alam semulajadi. Pusat biodiversiti terpenting dunia. Saya berani mengatakan sarawak adalah negeri terkaya di Malaysia walaupun hakikatnya sarawak berada di tempat ke-3 dibelakang selangor dan KL dari segi kdnk... Keadaan geografi dan taburan penduduknya ternyata menyukarkan pembangunan terutamanya dari segi insfrastrutur seperti jalan raya dan air bersih. Harus diingat...disetiap pelusuk dunia ini skalipun, majunya sesebuah negara atau negeri tersebut berpangkal paksi pada keadaan jalan raya nya...keadaan jalan rayanya sudah cukup mencerminkan setakat mana kemajuan sesebuah negara itu...tetapi sayangnya disarawak keadaan jalannya gagal diselengara dengan baik dan ada tempat yang jauh dipendalaman belum ada akses jalan raya...Kita faham keadaan ini disebabkan oleh saiz negeri sarawak yang luas...disinilah kita menuntut pengorbanan dari rakyat negeri lain yang keadaan kemudahan asasnya jauh lebih baik seperti disekitar lembah klang dan johor bahru. 
            Memang...jika kita hanya bertandang ke bandar2 besar seperti Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu kita tidak akan melihat keadaan yang jauh berbeza dari apa yang ada dinegeri lain...tapi saya tujukan khas bicara ini untuk kawasan pendalaman sarawak seperti Kapit, Merudi, Belaga, Balleh, Bario, Ba'kalalan dan Ulu Baram.
            Ya! mmg peruntukan dari kerajaan kepada sarawak untuk projek jalan raya  agak besar berbanding dengan yang diterima oleh negeri-negeri lain tetapi ianya masih belum mencukupi. Tidak ada salahnya jika projek infrastruktur di negeri2 yang lebih maju diperlahankan seketika demi untuk sarawak dan negeri2 lain yang lebih memerlukan. 
   
          Pengorbanan yang saya maksudkan tadi ialah dari segi DESAKAN...rakyat dinegeri yang sudah maju insfrastrukturnya tidaklah perlu terlalu mendesak kerajaan untuk menaik taraf  jalan raya hanya kerana kesesakan yang anda lalui dan tidaklah perlu mendesak kerajaan untuk mempercepatkan projek MRT yang bernilai hmpir 40billion hanya kerana anda terpaksa bersesak2 didalam kamuter mahupun LRT...ingatlah...saudara anda di negeri ini bahkn masih lagi tidak mampu untuk membawa kereta ke halaman rumah mereka, jauh sekali menikmati pengangkutan awam yang canggih...yang ada hanyalah bot..yang ada hanyalah jalan balak...jalan tanah merah... Lihatlah ke kawasan Kapit, Merudi, Belaga, Balleh dan Ulu Baram..ini merupakan kwasan pnempatakan utama dipendalaman yang masih tdak memeliki akses jalan raya apatah lagi air bersih..air sungai banyak lah....begitu juga dinegeri lain...bukannya YB tidak membuat kerja..tapi apakan daya setiap usul yang mereka tampilkan hanyalah dijawab dengan "akan diteliti"...gara2 dek krajaan lebih mementingkan kwasan yang berimpak tggi dan padat sperti bndar2 bsar y sdh tntu lbih bijak "memerangkap" kerajaan jika pemintaan mereka tidak dipenuhi....saya lihat keadaan itu..saya perhatikan keadaan ini....

         Bukannya kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk memberi lebih insfrastruktur untuk sarawak tetapi keupayan itu telah ditarik oleh rakyat sendiri..rakyat yang lebih pandai..yang lebih celik dunia...keadaan ini menyebabkan rakyat sarawak khasnya tertanya2 kemanakah hasil bumi sarawak yang kaya dengan minyak, arang batu dan kayu balak ini pergi...saya faham konsep Persekutuan telah menyeragamkan pendapatan negeri2 digabungkan dan dibelanjakan oleh kerajaan persekutuan...tapi jika rakyatnya berkorban membiarkan kerajaan melihat kawasan yang lebih memerlukan, sudah tentu peruntukan akan sampai dengan lebih mudah dan kita berkorban untuk memastikan peruntukan ini sampai ke pihak yang benar2 memerlukan...
       Daripada kita membuat demostrasi yang tidak tentu arah..knp tidak shaja kita serahkan memorandum untuk memberi lebih pembangunan kpada mereka yang lebih memerlukan...mereka yang belum ada secubit apa yang sudah kita miliki...mereka yang jarang merasa apa yang setiap hari kita rasai....
         
        Saya merasakan Bukan subsidi minyak berbilion2 yang rakyat tterutamanya dipendalaman benar2 perlukan tetapi Kemudahan Asas....dengan adanya jalan raya, lebih banyak aktiviti ekonomi dapat dijalankan.,..tiada gunanya tanah yang luas terbentang tidak diusahakan...bgaimanakah mahu diusahakan jika tahap ketersampaianya tiada...begitu juga dengan kemudahan yang lain sperti sekolah2 yang lebih baik, kemudahan air bersih, elektrik, dan klinik2...kita faham untuk membawa semua kemudahan ini bukanya murah..justeru saya mahu bertanya kpda golongan bijak pandai diluar sana..apakah subsidi minyak yang berbillion2 yang kita perlukan??? apa kata kalau pendapatan petronas dan shell (malaysia)  itu kita gunakan untuk smua ini..apa kata??  

     Biarkan dalam 10billion peruntukan khas untuk jalan raya dan dalam 5billion untuk air bersih mengalir ke sarawak dan 5billion lagi untuk elektrik..saya yakin keadaan kemudahan asas disarawak akan hampir menyamai apa yang ada di semenanjung malaysia....BERKORBANLAH sahabat2ku....

         Lihatlah warna kuning dalam peta ini...sila abaikan negara lain....
      
    Sekadar meluahkan isi hati......:)

No comments:

Post a Comment