Monday 19 May 2014

TNB Untung RM4.6b! Kenapa??

Ramai bertanya kenapa TNB untung berbillion - billion tapi masih mahu naikkan tarif electrik?
Di bawah adalah jawapan nya:
------------
Tahukah anda bahawasanya kos Penyelenggara infrastruktur baru , maintenance and capital expenditure (capex) yg perlu di tanggung oleh TNB utk jangka masa 4 tahun mendatang (2014 - 2017) adalah RM 8.4 billion setahun !!
Tahukah kamu 90% dari perbelanjaan ini adalah dari CAPEX.
Tahukah kamu bahawa pemintaan penggunaan bekalan elektrik meningkat sebanyak 3.3% setiap tahun?
Tahukah kamu bahawa keuntungan TNB pada tahun 2013 adalah RM 4.6 billion !!
Tahukah kamu Total hutang TNB yg di bawa dari tahun 2013 adalah RM 22 billlion.
Knp CAPAEX bagi TNB begitu tinggi?.. Ini kerana ianya bertujuan untuk :
1. Maintain kabel- kabel elektrik dan menambah kabel2 baru seluruh Malaysia akibat di curi & di patuk oleh pemakan2 dedak..
2. Membina transformer dan maintain distributor stations.
3. Membina power generation yg baru.. Yang mana kita tahu penggunakan elektrik di Malaysia bertambah dan terus bertambah akibat pernambahan industry di Malaysia.. Untuk memastikan bekalan ini cukup.. TNB terpaksa membuat pelaburan yg besar ini.. Jika tidak.. Pertumbuhan ekonomi negara tak berkembang dengan baik...

Fakta:
the tariff hike was inevitable because 85 percent of TNB's costs were fuel costs, and fuel prices have been increasing. Go look at the world oil price TREND over the past 12 years.
http://www.infomine.com/inves.../metal-prices/crude-oil/all/


The profits from Tenaga was also due to the subsidies of GAS prices to the IPPs and Tenaga.

Much of Tenaga's 2013 profit is from a strengthening ringgit last year (coz some of TNB's long-term debt are in USD) and also from a surprise decline of 20% of coal prices.

Did you look at TNB's profits in 2008-2012?

As Lim Guan Eng said.. more expensive rates means less wastage and more careful usage - when he doubled the water price in Penang.


gambar hiasan


TNB atau IPP tdk pernah mendapat subsidi lansung dari kerajaan. IPP cuma dapat harga yang murah dari harga pasaran iaitu rm13 lbih murah dari harga pasaran sekitar purata rm44/juta mmbtu. Harga Gas adalah tdk sperti harga minyak mentah. Gas lebih ditentukan oleh penjual/pengilang. gas yang petronas jual kepada Jepun adalah berbeza harga nya dari y mereka jual kepada Korea Selatan. Semuanya bergantung kepada kapasiti, volume dan margin yang mereka perolehi menerusi kerjasama jangka panjang.

IPP tidak membuat untung dari harga ini sebaliknya dgn diskaun ini kerajaan membuat perjanjian untuk mengawal harga tarif elktrik pada harga pling munasabah. 

jika tiada diskaun ini apakah anda yakin harga tariff kekal seperti sekarang? atau tidak ada IPP yang mahu menjana tenaga untuk TNB. Ini akan membiarkan TNB dan kerajaan terkapai2 mencari dana sendiri untuk mebina stesen janakuasa dan lebih banyak wang rakyat digunakan cuma fokus terhadap industri tenaga. sudah pasti kemudahan lain jadi terhad. taburan elektrik juga terhad karana jika cuma kerajaan melaksanakan industri ini, maka ianya akan jadi perlahan. sama seperti di sarawak, bila sesco sahaja y terlibat dan swasta tiada keinginan utk masuk sbb kapasiti penguna sedikit. 

sebagai contoh, jika cuma gov sahaja yang terlibat dalam tenaga, katakan, setahun cuma mampu membuat 3-4 loji tenaga baru. tetapi dengan kerjsama swasta kerajaan dapat membina lebih banyak dan ini pasti menarik pelabur bila mreka mgetahui dasar ini tidak akan menyebabkn 'shortage'. Bila mana, kapasiti elektrik sentiasa boleh ditambah dengan pantas. 

harus kita tahu juga, bukan semua tenaga dijana oleh IPP. TNB juga membuat tenaga sendiri. rujuk dalam suruhajyata tenaga kapasiti yang TNB hasilkan adalah lebih kurang 30% dari total tenaga dan kebanyakan loji tnb mengunakan arang batu.

perkembangan jumlah tenaga yang terhad juga menghad pelaburan seterusnya myebabkan tiada peluang pekerjaan untuk rakyat. Iya, harga lbih murah jika gov yang usahakan tenaga tetapi apa guna murah jika pelabur tdk masuk. tidak ada kerja. 
oleh itu, ini diatasi oleh kerajaan dengan memperkenalkan tariff yang berbeza untuk industri dan domestik. tariff industri hampir 50% lebih tggi dari domestik. 


ini yg berlaku di banyak negara apabila pengawalan mereka terhadap industri strategik sperti tenaga dan air serta jalan raya terlampau ketat. kadar perkembangan kemudahan ini menjadi terhad atas dasar tidak mahu membebankn penguna dengan harga yang sedikit tinggi. bukan sahaja tidak mahu membebankan penguna, malah situasi negara mereka juga tidak sesuai. dengan ekonomi yang terhad, kenaikan mendadak akan melumpuhkan sistem mereka. tetapi negara ini sudah mula mengorak langkah dgn membenarkan kerjasama swasta lebih besar lagi atau nama popularnya dasar 'kapitalis'. antara negara y mnolak fahaman ini dulu adalah china dan indonesia serta vietnam. lebih lama dulu adalah korea. kini mereka mula terbuka. korea sudah lebih mendahului bila melihat jepun berjaya.

arrgghhhh...penat tangan menaip. saya tidak berminat untuk menjadi keyboard warrior tetapi apa guna kita bepelajaran tinggi jika tidak mampu berfikir dan mendalami bagaimana dunia ini berfungsi. Dunia ini bukan tempat kita bergembira sakan. banyak liku2 hidup yang perlu kita tempuhi. ada yang berjaya ada yang tidak. malah ada yang menjadi gila! banyak yang tawarkan saya menjadi keyboard warrior samada di srawak mahupun di semanjung tetapi saya mengundurkan diri sbb prinsip saya bukan begitu. sekurang-kurangnya bukan sekarang. dan saya tidak mahu terikat. Terima Kasih!


 . 

Monday 17 February 2014

Taib Mahmud, Dr M, Tok Guru, Ku Li - Kuasa Politik Malaysia

Diolah dari Sinar Harian 02/08/2014


Rekod pemegang lama dalam jawatan, sukar dipecah 50-100 tahun lagi. Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Selepas 33 tahun memerintah, akhirnya turun menyerah takhta. BN hilang pemimpin mentor. Sarawak hilang Ketua Menteri hebat dalam perpaduan. Pembangkang hilang modal pilihanraya. 

Di Mesir mereka ada firaun (pharoahs), Hosni Mubarak, Anwar el- Sadat, Gamal Abdel Nasser dan sekarang Field Marshal Abdul Fattah el-Sisi yang saya jangka akan memerintah lama!

Di Amerika Congress telah meminda perlembagaan setelah Presiden Franklin Roosevelt dari Parti Demokratik yang amat popular itu kerana dasarnya yang radikal untuk rakyat biasa iaitu the New Deal memenangi Rumah Putih empat kali berturut-turut 1933-1945 dan kalau dia tidak meninggal dunia tahun 1945 akan memenangi pilihan raya  presiden seterusnya.

Kini Presiden Amerika Syarikat hanya boleh menduduki Rumah Putih selama lapan (8) tahun maksimum.

Di UK, Singapura dan kita pemegang jawatan perdana menteri serta menteri besar dan ketua menteri tidak ada had- bisa memanaskan kerusi empuk sehingga mati kalau parti mereka bersetuju atau mereka berundur secara sukarela seperti Dr Mahathir, Nik Aziz Nik Mat dan Taib Mahmud.  

Dr Mahathir bersara sebagai PM selepas 22/23 tahun (1981-2003), Taib Mahmud berhenti sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas 33 tahun (1981- 2014), Tok Guru Nik Aziz telah berkhidmat selama 23 tahun sebelum mengundur diri sebagai Menteri Besar Kelantan (1990 -2013). Sementara Tengku Razaleigh Hamzah masih MP Gua Musang 40 tahun berturut-turut dalam satu kawasan.

Nampaknya dia boleh die in office yakni dia bisa memegang jawatan sehingga meninggal dunia kalau itulah pilihannya. Lim Kit Siang juga lama dalam Parlimen tetapi di dalam beberapa kawasan di berbagai negeri.

Wan Mokhtar Ahmad memegang jawatan Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun sehingga dikalahkan pada tahun 1999. Mereka ini, suka duka, manusia luar biasa- Speaking describes them as remarkable human beings!

Saya tidak jangka rekod mereka boleh dipecahkan selama 50-100 tahun lagi kecualilah Malaysia menjelma menjadi sebuah dictatorship, absolute monarchy atau sistem kepimpinannya ala Ayatollah di Iran.  

Di Mesir tentera campur tangan dalam politik semenjak revolusi anti - monarki tahun 1952. Di negara kita agama, bahasa dan perkauman agenda, isu terpenting dalam politik dan pilihan raya.

Cerdik pandai dan penganalisis politik Barat -juga dua tiga kerat orang kita- menyangka Mohamad Morsi dari Ikhwanul Muslimun atau Muslim Brotherhood akan berkuasa berdekad lama seperti Hosni Mubarak.

Pemerintahan Morsi pendek kerana dia “diguling” oleh tentera dengan sokongan rakyat yang tidak mahunya memerintah seolah-olah dia khalifah. Kalaupun el-Sisi tidak lama berkuasa seperti Anwar el- Sadat dibunuh dan Hosni Mubarak penggantinya dilucut jawatan saya yakin penggantinya seorang jeneral yang lain. 

Di Sarawak Taib merupakan pemimpin penuh kontroversi. Pelbagai tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Dituduh mengkayakan keluarganya. Jelas, itu semua benar tapi persoalannya cara dia melakukannya begitu halus sekali sehingga pihak pembangkang dan NGO sekadar mampu menuduh tanpa bukti kesalahan yang jelas. SPRM pun pening bagaimana nak mulakan kertas siasatan. Jangan kita lupa Taib pernah berkata, 'orang cerdik akan jadi kaya'. 

Tetapi kemajuan sarawak dibawah pimpinanya terutama 10 tahun kebelakangan ini kelihatan begitu rancak walaupun bukan di segenap negeri. Score berjaya menarik berbilion2 perlaburan dan telah menyesakan bandar Bintulu. Taib juga ternyata berjaya dengan konsep Sarawak for Sarawakian apabila begitu minimum penglibatan syarikat besar proksi UMNO di bumi kenyalang ini. 

Hasil minyak, Tunku Abdul Rahman ternyata telah mendahului Taib dengan perjanjian-perjanjian yang lansung tidak menguntungkan Sarawak. Saya rasa semua pembaca bersetuju jika Taib yang berkuasa pada ketika itu, minyak kita akan kekal Sarawak for Sarawakian. Apabila Petronas berkuasa, semua kaki dan tangan mereka bawak dari seberang menafikan peluang anak tempatan. Pekerja cleaner pelantar minyak pun mereka angkut dari sana. Penulis kecewa!

Dr M juga begitu. Pemimpin yang sangat opportunis. Pemimpin yang bijak mengunakan cara halus memajukan keluargannya dan orang melayu. Pemimpin ini sangat Melayu! Dibawahnya orang cina sentiasa tunduk! Dibawah Dr M melayu Tan Sri lahir dengan begitu mendadak. Dr M dan Taib dua pemimpin yang beperwatakan sama. Saling memahami antara satu sama lain. Taib diam, Dr M diam. Taib kaya Dr M kaya.

Di negara kita setakat ini (57 tahun) tiada hujan politik tengah hari lagi di peringkat nasional- berapa lama lagi situasi ini akan berterusan?

Seperti kata P Ramlee:

Andainya (dia) dapat mengubah
Tetap ku terima...
Tapi tak berdaya
Ku sangka panas sampai kepetang
Rupanya hujan di tengah hari.

Itulah nasib yang dialami legenda dan ikon Melayu- P Ramlee. Nasib tragis ini bisa berlaku pada kita jika kerajaan dan Melayu Islam tidak berubah segera.

Ku Li mungkin tidak kesempatan jadi perdana menteri tetapi dia tercatat pemegang rekod MP terlama berkhidmat continuously without any break.

Dan nampaknya kata Speaking he would go on and on and on. Kalau pun Kit Siang tidak dapat jawatan yang diidaminya, timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri kepada Anwar Ibrahim dia seperti Ku Li MP lama berkhidmat dan nampaknya will go on and on from one state to another.


Buku terbaharu tentang Anwar. Tajuknya ANWAR IBRAHIM Evolution Of A Muslim Democrat... and Prime minister -in- waiting oleh Charles Allers, penerbitan Monsoon 2014.

Kononnya ramai manusia- dalam dan luar negara- mahu sangat Anwar menggantikan Najib sebelum atau selepas PRU14. Baca buku ini yang berharga RM49.90 mempunyai 335 muka surat. Sama dengan harga sepinggan nasi lemak dan secawan kopi/ teh di hotel 5 bintang  atau di restoran butik.
 
Kenapa di sana-sini nampaknya ramai rakyat semua bangsa, Cina terutamanya, amat benci kepada kerajaan sekarang? Saya tanya beberapa Tan Sri Cina dalam perayaan Tahun Baru Cina sebuah think tank kenapa mereka benci kerajaan- anda sudah kaya dan Tan Sri pula?

Jawab mereka dalam berbagai idiom tapi maksudnya sama sahaja: "because of crushed hopes”- kurang lebih kerana harapan mereka kepada Najib hancur berderai. Tetapi hati saya bersahaja berkata, anda melihat ini sebagai peluang mendapatkan betis dan peha. 

Beberapa Tan Sri Melayu merumuskan, “Melayu Islam dan Peribumi benci kepada kerajaan kerana terlampau sangat bertolak ansur- kera di hutan disusu dan anak di atas riba letih kelaparan dan dahaga.” Seorang dua tetamu India senyum, geleng kepala sambil bermadah "Right, right. That’s correct”.

Macai-macai tersenyum ketawa. 

Ringkasannya selagi perkauman, bahasa, agama dan pembahagian kekayaan negara dan ekonomi dan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum terus menjadi isu besar dalam politik dan selagi kontrak sosial dikecam selama itulah polarisasi di antara kaum terus wujud dan keharmonian sebenar tidak akan terjalin.

Dulu mereka menerima kontrak sosial kerana Umno dan kerajaan kuat walaupun Pas pembangkang. Situasi telah bertukar, Umno tidak lagi kuat dan seperti ditegaskan oleh Jocelin Tan dalam komentarnya dalam The Star minggu lepas Umno is not going to Sarawak because it is busy fighting for its survival in Peninsular Malaysia. How true. Pas kini anggota ketiga dalam troika pembangkang.  

Berbalik kepada buku Anwar Ibrahim. Buku ini mengisahkan  bekas aktivis pelajar dan Islam menjadi elitist, insider dan pemimpin kedua dalam kerajaan konservatif ke penjara; kini seorang outsider dan ketua pembangkang menunggu tanpa sabar lagi untuk menduduki Sri Perdana yang dibina semasa dia anggota kerajaan, kalau boleh sebelum PRU14 atau selewat-lewat selepasnya.

Secara peribadi, penulis merasakan Anwar seorang pemimpin yang begitu terdesak. Kenyataannya sering kali berputar-putar. Pemimpin yang boleh menghasilkn 'letupan' bila-bila masa kerana dasarnya begitu memihak kepada golangan jelata disokong pula oleh sang Cina. Dibuang dari Umno menyebabkan dia berhabis daya membalas dendam sanggup tergadai apa sahaja. 

Apa pun politikus dan pemimpin Umno/BN harus membacanya. Know thy enemy. Tidak rugi membaca walaupun begitu kita harus berwaspada tatkala membaca sebuah biografi seperti kata Mark Twain, “Biographies are but the clothes and buttons of the man- the biography of the man himself cannot be written”. Maknanya sebuah biografi hanya pakaian dan butang seluar dan baju seseorang; cerita sebenar orang itu tidak bisa ditulis.  

Sekian.